Terdapat lebih 1.7 Juta pekerja asing yang sah di Malaysia mengikut statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia. Salah satu syarat untuk mengambil pekerja asing secara sah adalah wajib membeli insurans pekerja asing.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insurans atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insurans Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Jumlah guarantee bagi setiap pekerja dan wargenegara ialah seperti berikut: –
Jika membeli Bond dengan bank, maka jumlah perlu dibayar adalah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insurans / takaful – anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah. Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia. Anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja. Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-
RM250 x 2 orang x 1.5% x 18 bulan / 12 bulan (Formula)= RM11.25 + RM10 stamp duti= SST: 11.25 x 6% = RM0.67= RM21.92 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 2 pekerja Indonesia).Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63. Oleh kerana jumlah minima kurang dari RM63, maka IG ialah RM63.00
Klik Untuk Maklumat Terperinci Produk
Klik Untuk Maklumat Terperinci Produk
*Tambahan RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem dan SST 6%
SPIKPA
FWCS
Nota:
Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.
Sekiranya anda ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS – sila download & lengkapkan borang di bawah dan emaikan kepada kami:-
Jika pekerja yang baru pertama kali buat permit – hanya berikan kami kod yang diberikan oleh FWCMS / BESTINET
Jika anda ingin mendapatkan sebutharga Insurans Pekerja Asing dahulu, anda boleh dapatkan quotation pada link di bawah: –
b) Bagi kes maut
Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera. Selepas itu, syarikat insuran / wakil akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan. Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Setelah lengkap semua borang / lengkap semua maklumat yang diperlukan, maka Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran takaful kepada waris pekerja.
Bagaimana mahu memperbaharui roadtax dan insurans kereta ? Disini kami akan kongsikan kepada anda langkah-langkah dan cara bayar roadtax dan renew insurans kereta.
Perkara ini sering disoal bagi kaum hawa atau bagi individu terutama yang pertama kali memiliki sebuah kenderaan dan pemilik kenderaan wanita. Mulalah tidak senang duduk dan resah mengenangkan roadtax yang telah tamat tempoh.
Bagi anda yang tidak punya masa, anda boleh serahkan mana-mana agen untuk buat semua perkara ini sekiranya anda tidak mempunyai masa terluang.
Perkara yang diperlukan untuk memperbaharui roadtax dan insuran kereta.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa roadtax kereta boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh roadtax tamat tempoh. Disini yang perlu anda pastikan terlebih dahulu adalah harga nilai susut kenderaan anda. Dimana nak tengok? Anda perlu rujuk cover note anda. Pastikan anda mempunyai cover note tersebut. Ianya penting kerana terdapat maklumat tentang roadtax dan insurans anda.
Perlara ini boleh rujuk di bank atau company yang buat insurans seperti MYEG. Sebab apa kena tahu semua ini? Kita kan pengguna. Hak kita. Jumlah perlindungan atau dipanggil sum insured adalah hak kita sebagai pengguna untuk tentukan. Jangan nanti bagi bulat-bulat pada ejen. Nanti tak pasal-pasal beribu habis. Kerja ejen ini tolong cadangkan sahaja dan jumlah yang patut kita bayar adalah ditangan kita sebagai pengguna.
Yang nak renew ni pulak, jangan la over sangat nak ambil insuran ini la, itu la. Nanti habis duit korang terover bayar, kemudian tak dapat claim kalau jadi apa-apa nanti. Pastikan anda pilih betul-betul. Nanti kalau bagi ejen, mereka selalu harga tinggi tapi bila nak tuntut boleh ikut harga semasa sahaja.
Ni pulak bagi yang jenis haji bakhil. Pastikan jumlah perlindungan tu ikut harga semasa. Kalau anda letak harga perlindungan takaful rendah dari harga semasa, nanti bila nak tuntut, syarikat takaful atau insurans akan luluskan jumlah yang anda insuranskan. Kiranya jangan letakkan harga rendah dari harga semasa kenderaan. Sebab apa? Sebab nak bayar insurans rendah.
Yang ni korang kena rujuk dengan syarikat kereta, bank atau company insurans. Paling selamat sekali Tanya bank. Sebab apa? Bank ni diorang sentiasa update harga kereta. Sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
Boleh juga nak tahu harga dari kedai kereta. Boleh mintak risalah dari mereka.
Dan sekiranya malas nak hubungi bank atau pergi kedai kereta, anda bolehla membelek iklan di surat khabar atau majalah. Kumpulkan dan cari purata harga kenderaan tersebut.
Apa benda ni? Haa yang ni mesti ramai tak tahu. NCD atau NCB ini sebenarnya diskaun atau bonus kalau anda tidak ada berlaku kemalangan semasa tempoh perlindungan. Dimulai dengan 0% dan paling maksimum 55% pada tahun ke-5 kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3. NCD anda akan meningkat selagi tidak berlaku sebarang musibah terhadap kenderaan anda, dan NCD anda akan menjadi kosong jika berlaku risiko pada kenderaan anda bagi perlindungan Komprehensif dan 3rd party
Dah settle harga , kira apa semua yang diatas tu, bolehlah kita teruskan untuk langkah seterusnya pula. Semak betul-betul dokumen yang penting dan cover note dan pastikan semuanya lengkap.
Pilih kaunter insurans anda. Selalunya diluar jpj selalu ada. Atau paling senang pergi rujuk di Myeg. Nanti minta pihak berkenaan untuk buat kira-kira dulu harga kasar insuran kereta anda. Pastikan sum insured tu tak terlebih atau terkurang. Kalau terlebih, bagitahu anda tak setuju dan nak lagi murah.
Jenis insuran boleh pilih jenis apa pun. Tapi pastikan tak lebih dari harga susut nilai kereta.
Sebut harga renew insurans kereta sudah diberi, bolehlah anda pilih untuk ambil ataupun tidak mahu. Kalau lebih kurang sama dengan apa yang anda pilih, boleh ambil dan terus renew roadtax. Ditegaskan sekali lagi pastikan sum insured tu sama dengan harga susut nilai kereta. Jangan lebih jangan kurang.
Selepas selesai renew insuran kereta, bolehla Bayar roadtax. Kalau di Myeg Kiosk, boleh terus bayar disitu tetapi ada caj yang diberikan lebih mahal dari JPJ. Kalau taknak mahal, boleh ke kaunter JPJ atau pejabat Pos berdekatan atau boleh isikan borang online dan kami berikan sebutharga yang terbaik untuk anda. Kami kirakan mengikut bajet anda. KLIK SINI UNTUK BORANG SEBUTHARGA ROADTAX.
Disini sahaja perkongsian berkenaan Cara Bayar Roadtax dan Renew Insurans Kereta. Tapi zaman sekarang ni sangat mudah. Semuanya dihujung jari. Bukak computer, klik dan sampai depan rumah. Dunia makin canggih dan anda pilih jalan yang memudahkan diri anda sendiri.
Ramai yang masih belum tahu tentang perbezaan antara Insurans Takaful atau Konvensional. Kadang kala yang mengambil polisi takaful pun akan kata dia ambil polisi insurans. Sebab itulah ramai yang tidak menyedari tentang wujudnya dunia takaful pada era ini. Terdapat beberapa perbezaan di antara takaful dan insurans yang boleh kita pelajari untuk memastikan kita semua tidak silap dalam memilih polisi yang bersesuaian untuk kepentingan pada masa hadapan.
Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan membatu antara satu sama lain. Tujuan konsep ini ialah untuk mengalakkan tolong – menolong dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama). Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’).
Sekiranya ada berlaku sesuatu kemalangan atau musibah di dalam ahli yang menyertai takaful, semua ahli yang lain akan membantu ahli yang mengalami musibah dengan cara memberi sumbangan melalui dana yang terkumpul di dalam takaful. Pelan – pelan perlindungan dalam takaful adalah patuh syariah di mana tiada unsur – unsur yang dilarang seperti gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba’. Manakala insurans pula merupakan pemindahan risiko daripada seorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans.
Kita digelar sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada kita setiap bulan yang juga digelar premium dan jika kita mengalami kerugian atau kemalangan, syarikat insurans akan membayar pampasan pada kita. Perniagaan takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara insurans adalah haram kerana insurans mengandungi unsur riba, gharar dan maisir.
Perbezaan antara takaful dan insurans ialah kontrak asas yang diguna pakai. Dalam insurans kontrak yang digunakan ialah kontrak pertukaran (Mu’ awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara takaful pula menggunakan kontrak derma (Tabbarru’), wakalah (agensi), dan kontrak mudharabah (perkongsian untung rugi). Kontrak wakalah yang berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud menjaga, menjamin, dan menyerahkan. Seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak yang lain dan dalam bahasa yang mudah ialah membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu urusan.
Dalam konsep takaful ini, agen takaful bertindak sebagai wakil dan mereka ini akan diberi ujrah (upah) atau lebih dikenali sebagai komisen. Manakala kontrak mudharabah pula adalah akad pelaburan yang mana perkongsian keuntungan dan kerugian di mana satu pihak akan memberi modal dan satu pihak lagi akan mengusahakan modal, apabila berlaku keuntungan kedua – dua pihak akan mendapat keuntungan mengikut persetujuan bersama, manakala jika mengalami kerugian, pemberi modal yang akan menanggung kerugian. Jadi pihak syarikat takaful bertindak sebagai mudharib iaitu pengusaha modal dan peserta takaful pula sebagai rabbul mal iaitu pemberi modal.
Selain itu juga, saluran pelaburan di antara takaful dan insurans juga merupakan salah satu perbezaan yang boleh kita perlihatkan. Pelaburan kumpulan wand takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan syarak. Pelaburan ini hanya akan dilaksanakan ke atas syarikat – syarikat yang telah dikategorikan sebagai patuh syariah.
Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh syariah yang telah dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Manakala pelaburan dalam syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tak kira sama ada halal ataupun haram. Ini termasuklah juga dengan pelaburan di dalam syarikat perjudian dan arak. Ini merupakan perbezaan yang sangat penting di antara syarikat takaful dan syarikat insurans.
Seterusnya ialah pelaksanaan operasi bagi kedua syarikat ini juga berbeza iaitu syarikat takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak takaful termasuklah pelaburan. Syarikat takaful juga mempunyai unit syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Pengendali takaful juga wajib membayar zakat perniagaan dan cukai.
Segala hasil yang tidak halal yang diperolehi oleh pengendali takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Manakala bagi syarikat insurans pula, ia tidak mempunyai bahagian penasihat syariah dan syarikat ini juga tidak akan mengasingkan duit yang tidak halal kerana operasinya juga mengamalkan unsur yang dilarang. Syarikat insurans juga tidak membayar zakat dan hanya membayar Cuma sahaja.
Jadi di sini dapat kita semua perhatikan penggunaan insurans takaful atau konvensional dalam industri adalah berbeza. Ini kerana takaful sangat digalakkan untuk semua umat Islam manakala insurans pula dilarang sama sekali untuk umat Islam. Industri takaful ini juga sedang pesat membangun kerana mendatangkan banyak manfaat buat masyarakat.
Terdapat beberapa polisi popular yang sering mendapat permintaan ramai antaranya takaful kenderaan , takaful perubatan dan takaful perniagaan. Sistem takaful tidak hanya memberi manfaat kepada Muslim sahaja, tetapi ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.
———————————————–
Berminat Mendapatkan Khidmat Nasihat Percuma Berkenaan insurans takaful atau konvensional.
Hubungi Kami
+60139782855 | Whatsapp
Statistik dari Paultan menunjukkan Quarter 1 2017 jumlah jualan kenderaan di Malaysia meningkat naik dengan juamlah keseluruhan sebanyak 140, 839 buah. Ini menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang memiliki kenderaan. Di Malaysia, memiliki kenderaan adalah mudah dan terdapat banyak pakej-pakej pembelian kenderaan yang ditawarkan oleh salesman kereta. Tapi rami yang masih belum tahu kos maintenance sekiranya memiliki kenderaan seperti harga roadtax kereta dan insurans.
Harga Roadtax kereta di Malaysia berbeza mengikut cc dan jenis kenderaan. Terdapat berbagai cara untuk memperbaharui Roadtax kereta dan Insurans kenderaan. Antara cara memperbaharui roadtax kereta adalah:
Berikut adalah senarai harga roadtax terbaru di Semenanjung Malaysia.
Harga Roadtax Perodua
Harga Roadtax Proton
Harga Roadtax Honda
Harga Roadtax Toyota
Harga Roadtax Naza
Harga Roadtax Mitsubitshi
Harga Roadtax Kia
Harga Roadtax Suzuki
Harga Roadtax Mazda
Harga Roadtax Hyundai
Harga Roadtax BMW
Harga Roadtax Mercedes-Benz
Harga Roadtax Nissan
Harga Roadtax Volvo
Harga Roadtax Porsche
Sekiranya kereta anda tiada dalam list, boleh check dengan kira manual di roadtax calculator. Mudah sahaja kerana anda hanya perlu masukkan detail insurans kenderaan anda.
Selain mengetahui harga roadtax kereta anda, anda juga perlu tahu untuk memperharui cukai di Malaysia memerlukan polisi insurans yang aktif. Dapatkan sebutharga premium kenderaan anda secara percuma dari saya Azizul dengan menghubungi no 01159946879 atau boleh klik terus link di bawah.
Pernahkah anda menyemak harga insurans kenderaan anda? Setiap tahun pemilik kenderaan akan memperbaharui insurans/takaful kenderaan selari dengan undang-undang negara Malaysia yang mana untuk memperbaharui cukai jalan memerlukan polisi insurans untuk kenderaan. Tetapi, pernahkah anda semak harga insurans kenderaan anda dan mengambil tahu berapa jumlah premium yang anda bayar atau mengira jumlah yang anda bayar untuk perlindungan kenderaan?
Jika anda tidak pernah ambil tahu, kemungkinan besar anda telah membayar premium yang tinggi untuk perlindungan yang tidak berpatutan. Cukai jalan adalah benda yang berbeza daripada Insuran/Takaful kenderaan. Untuk senarai harga roadtax boleh rujuk disini.
Ada 3 tips yang akan kami kongsikan, anda boleh gunakan untuk memastikan premium yang anda bayar adalah setimpal dan berpatutan dengan perlindungan yang anda perlukan. Di dalam artikel ini kami akan berkongsi 3 tips Menjimatkan Harga Insurans Kenderaan Anda yang boleh anda praktikkan dan jadikan panduan supaya anda TIDAK MEMBAZIR untuk pembaharuan insurans kenderaan selepas ini.
Pastikan nilainya mengikut Nilai Pasaran Semasa (Current Market Value). Mungkin ada yang bertanya bagaimana nak semak nilai pasaran semasa.
Sebelum google menjadi pusat rujukan untuk apa sahaja informasi, pihak syarikat insurans menggunakan khidmat Motor Insurance Adjuster untuk mendapatkan Nilai Pasaran Semasa. Seringkali juga syarikat insurans membuat kajian sendiri dengan mendapatkan Nilai Pasaran Semasa secara terus daripada penjual kenderaan terpakai (bagi kenderaan 2nd hand). Selain itu membuat rujukan terus kepada syarikat francais yang menjadi dealer kepada sesuatu jenama kenderaan.
Kini, segalanya menjadi lebih mudah untuk mendapatkan informasi dengan membuat carian di google. Para pengguna boleh menyemak Nilai Pasaran Semasa kenderaan di laman web berikut:-
Semak Nilai Pasaran Semasa Kenderaan anda disini
Setelah anda menyemak Nilai Pasaran Semasa kenderaan, gunakan nilai tersebut untuk ejen atau syarikat insurans/takaful anda membuat sebut harga insurans kenderaan anda. Seringkali, nilai diinsuranskan tidak pernah disemak dari mula kenderaan tersebut diinsuranskan.
Bolehkah kenderaan anda diinsuranskan pada nilai dibawah Nilai Pasaran Semasa? Secara prinsipnya, nilai insurans perlulah sama dengan Nilai Pasaran Semasa (Market Value). Ini disebabkan apabila berlaku tuntutan, pihak syarikat insurans akan membuat taksiran berdasarkan Nilai Pasaran semasa tuntutan dibuat.
Jika nilai insurans rendah dari Nilai Pasaran Semasa, maka syarikat insurans akan mengenakan denda atau penalti semasa proses penaksiran nilai tuntutan. Dalam bahasa insurans di sebut sebagai “Average”.
Maka berbalik kepada soalan di atas, secara teknikalnya kenderaan itu masih boleh diinsuranskan dibawah paras Nilai Pasaran Semasa. Namun, boleh dikatakan 5% dibawah Nilai Pasaran Semasa masih lagi dianggap sebagai selamat (Agreed Value).
Maka, pastikan anda SEMAK NILAI PASARAN SEMASA kenderaan.
Apakah “LOADING” ? – Loading adalah bahasa jargon dalam industri insurans yang boleh di istilahkan sebagai “caj tambahan” yang dikenakan ke atas premium asas sesuatu risiko. Setiap syarikat insurans / takaful meletakkan peratusan “loading” yang berbeza antara satu sama lain walaupun merujuk kepada sesuatu risiko yang sama. Contoh yang mudah difahami adalah seperti berikut:
Senario: Abu memiliki kenderaan jenama SAGU yang didaftarkan pada tahun 2000. Pada tahun 2016, kenderaan itu berusia 16 tahun. NCD pula sudah mencecah maksima 55%. Namun “loading” yang dikenakan adalah 30% dari nilai premium asas. Pengiraan premium untuk kenderaan Abu adalah seperti berikut:-
Premium asas | MYR559.80 |
Tambah Loading (30%) | MYR167.94 |
Sub-total | MYR727.74 |
Tolak NCD 55% | -MYR400.26 |
Jumlah premium kasar sebelum cukai | MYR327.48 |
Sesetengah syarikat insurans / takaful mengenakan diantara 15% – 35% loading bergantung kepada guidelines yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. Faktor yang menentukan tahap “loading” adalah secara amnya berdasarkan “claims ratio” ataupun statistik tuntutan yang telah dibayar oleh pihak syarikat insurans / takaful.
Oleh itu, anda berhak untuk memilih syarikat insurans / takaful lain yang menawarkan “loading” lebih rendah atau TIADA “LOADING”. Jika anda sudah merasa selesa berurusan dengan ejen anda tetapi syarikat insurans / takaful yang diwakilinya mengenakan “loading”, anda boleh mencuba “nasib” anda dan mohon supaya ejen anda berunding dengan syarikat insurans / takaful untuk membatalkan “loading” anda.
Namun ini adalah agak sukar memandangkan anda cuma mendapatkan insurans kenderaan SAHAJA dengan syarikat insurans / takaful dan ‘LEVERAGE’ anda tidak kukuh untuk berunding. Bagaimanapun sekurang-kurangnya, anda masih boleh mencuba untuk mengurangkan peratusan “loading”. Ini lebih realistik untuk dipersetujui oleh syarikat insurans / takaful anda.
JANGAN melalui ejen anda!!
Tahukah anda bahawa ejen anda menerima 10% komisyen daripada jumlah premium yang anda bayar. Kini pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa mana-mana polisi yang di ambil secara terus dengan syarikat insurans / takaful boleh mendapatkan diskaun sehingga 15% (bergantung kepada jenis polisi). Jika polisi insurans kenderaan, anda akan dapat 10% diskaun.
Walaubagaimanapun, insurans / takaful adalah suatu industri yang “agak teknikal” bagi sesetengah orang. Maka untuk memastikan anda sentiasa mendapat perlindungan dan nasihat yang baik mengenai insurans / takaful, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat ejen yang dipercayai dan berpengalaman agar dapat memberikan khidmat nasihat jika diperlukan terutama ketika berdepan dengan situasi membuat tuntutan insurans / takaful.
Dengan 3 tips menjimatkan harga insurans kenderaan ini, anda mampu mendapatkan premium insurans yang berpatutan untuk kenderaan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan boleh hantarkan email anda kepada hello@renewroadtaxinsurans.com atau WhatsApp atau call ke 013-9783855.
Solus Niaga Enterprise (insuransmalaya.com.my) adalah entiti yang menyediakan khidmat rundingan insurans am dan Ejen Berdaftar dibawah Allianz. PERUNDINGAN DAN SEBUT HARGA PERCUMA untuk semua insurans/takaful am.