Terdapat lebih 1.7 Juta pekerja asing yang sah di Malaysia mengikut statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia. Salah satu syarat untuk mengambil pekerja asing secara sah adalah wajib membeli insurans pekerja asing.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insurans atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insurans Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Jumlah guarantee bagi setiap pekerja dan wargenegara ialah seperti berikut: –
Jika membeli Bond dengan bank, maka jumlah perlu dibayar adalah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insurans / takaful – anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah. Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia. Anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja. Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-
RM250 x 2 orang x 1.5% x 18 bulan / 12 bulan (Formula)
= RM11.25 + RM10 stamp duti
= SST: 11.25 x 6% = RM0.67
= RM21.92 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 2 pekerja Indonesia).
Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63. Oleh kerana jumlah minima kurang dari RM63, maka IG ialah RM63.00
Insurance Guarantee / IG
Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara. Manakala minimum premium ialah RM63
Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
Penyakit akibat/kesan daripada kerja
Bil perubatan hospital (maksima RM750)
Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima RM25,000
Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) – maksima RM23,000
Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peratusan (maksima RM23,000)
Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
Kos/bil hospital – maksima RM750 (bagi setiap kes)
Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima RM23,000
Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) – maksima RM23,000
Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peratusan (maksima RM23,000)
Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
Kos/bil hospital – maksima RM750 (bagi setiap kes)
Jumlah premium ialah RM76.30 setahun (untuk seorang pekerja)
*Tambahan RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem dan SST 6%
fwcs
sipkpa-skhppa
Maklumat berkenaan dengan tuntutan/claim
SPIKPA
Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 – majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan – jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya. Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam – tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.
Untuk info terperinci berkenaan dengan SPIKPA sila Klik Untuk Info
FWCS
Sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja majikan perlu membuat laporan polis dan seterusnya melaporkan kepada syarikat insurans & Jabatan Buruh negeri.
Jabatan Buruh akan memberikan beberapa dokumen untuk dilengkapkan oleh majikan.
Selepas pekerja keluar hospital dan Jabatan Buruh akan membuat penilaian jumlah tuntutan yang akan dituntut kepada syarikat insuran
Syarikat insurans akan membayar jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan oleh Jabatan Buruh.
Nota:
Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.
Sekiranya anda ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS – sila download & lengkapkan borang di bawah dan emaikan kepada kami:-
Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera. Selepas itu, syarikat insuran / wakil akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan. Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Setelah lengkap semua borang / lengkap semua maklumat yang diperlukan, maka Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran takaful kepada waris pekerja.