Terdapat lebih 1.7 Juta pekerja asing yang sah di Malaysia mengikut statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia. Salah satu syarat untuk mengambil pekerja asing secara sah adalah wajib membeli insurans pekerja asing.

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insurans atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insurans Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Jumlah guarantee bagi setiap pekerja dan wargenegara ialah seperti berikut: –

Insurans-Pekerja-AsingInsurans Pekerja Asing – Insurance Guarantee, SPIKPA & FWCS

Jika membeli Bond dengan bank, maka jumlah perlu dibayar adalah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insurans / takaful – anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah. Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia. Anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja. Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-

RM250 x 2 orang x 1.5%  x 18 bulan / 12 bulan (Formula)
= RM11.25 + RM10 stamp duti
= SST: 11.25 x 6% = RM0.67
RM21.92 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 2 pekerja Indonesia). 

Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63. Oleh kerana jumlah minima kurang dari RM63, maka IG ialah RM63.00

Insurance Guarantee / IG

SPIKPA @ Skim Pampasan Insurans Kesihatan Pekerja Asing

Klik Untuk Maklumat Terperinci Produk


doctor-4229348_1920FWCS @ Skim Pampasan Insurans Pekerja Asing (Nota: FWCS sekarang ini tidak diperlukan lagi)

Klik Untuk Maklumat Terperinci Produk

*Tambahan RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem dan SST 6%

fwcs

 

sipkpa-skhppa

Maklumat berkenaan dengan tuntutan/claim

SPIKPA

FWCS

Nota:

Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.

Sekiranya anda ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS – sila download & lengkapkan borang di bawah dan emaikan kepada kami:-

 >DOWNLOAD BORANG<

Jika pekerja yang baru pertama kali buat permit – hanya berikan kami kod yang diberikan oleh FWCMS / BESTINET

Jika anda ingin mendapatkan sebutharga Insurans Pekerja Asing dahulu, anda boleh dapatkan  quotation pada link di bawah: –

>Dapatkan Quotation<

Email: hello@renewroadtaxinsurans.com
Panel Insurance: Allianz
Borang untuk claim insuran
a) Bagi kes Hilang upaya Sementara /Kekal.
  1. Notis kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2
  4. Perakuan Perubatan (Buroh 90)
  5. Sijil Cuti Sakit (jika ada)

b) Bagi kes maut

  1. Notis Kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2 & PP2A
  4. Sijil kematian
  5. Laporan bedah siasat (jika ada)
  6. Laporan polis (jika ada)

Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera. Selepas itu, syarikat insuran / wakil akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan. Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Setelah lengkap semua borang / lengkap semua maklumat yang diperlukan, maka Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran  takaful kepada waris pekerja.

insurans-takaful-atau-konvensional

Ramai yang masih belum tahu tentang perbezaan antara Insurans Takaful atau Konvensional. Kadang kala yang mengambil polisi takaful pun akan kata dia ambil polisi insurans. Sebab itulah ramai yang tidak menyedari tentang wujudnya dunia takaful pada era ini. Terdapat beberapa perbezaan di antara takaful dan insurans yang boleh kita pelajari untuk memastikan kita semua tidak silap dalam memilih polisi yang bersesuaian untuk kepentingan pada masa hadapan.

pakatan-satu-kumpulan-untuk-saling-jamin-menjamin

Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan membatu antara satu sama lain. Tujuan konsep ini ialah untuk mengalakkan tolong – menolong dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama). Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’).

insurans-takaful-atau-konvensional-Berlaku-kemalangan

Sekiranya ada berlaku sesuatu kemalangan atau musibah di dalam ahli yang menyertai takaful, semua ahli yang lain akan membantu ahli yang mengalami musibah dengan cara memberi sumbangan melalui dana yang terkumpul di dalam takaful. Pelan – pelan perlindungan dalam takaful adalah patuh syariah di mana tiada unsur – unsur yang dilarang seperti gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba’. Manakala insurans pula merupakan pemindahan risiko daripada seorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans.

Kita digelar sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada kita setiap bulan yang juga digelar premium dan jika kita mengalami kerugian atau kemalangan, syarikat insurans akan membayar pampasan pada kita. Perniagaan takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara insurans adalah haram kerana insurans mengandungi unsur riba, gharar dan maisir.

Perbezaan antara Insurans Takaful atau Konvensional

Perbezaan antara takaful dan insurans ialah kontrak asas yang diguna pakai. Dalam insurans kontrak yang digunakan ialah kontrak pertukaran (Mu’ awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara takaful pula menggunakan kontrak derma (Tabbarru’), wakalah (agensi), dan kontrak mudharabah (perkongsian untung rugi). Kontrak wakalah yang berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud menjaga, menjamin, dan menyerahkan. Seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak yang lain dan dalam bahasa yang mudah ialah membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu urusan.

helloquence-61189-unsplash

Dalam konsep takaful ini, agen takaful bertindak sebagai wakil dan mereka ini akan diberi ujrah (upah) atau lebih dikenali sebagai komisen. Manakala kontrak mudharabah pula adalah akad pelaburan yang mana perkongsian keuntungan dan kerugian di mana satu pihak akan memberi modal dan satu pihak lagi akan mengusahakan modal, apabila berlaku keuntungan kedua – dua pihak akan mendapat keuntungan mengikut persetujuan bersama, manakala jika mengalami kerugian, pemberi modal yang akan menanggung kerugian. Jadi pihak syarikat takaful bertindak sebagai mudharib iaitu pengusaha modal dan peserta takaful pula sebagai rabbul mal iaitu pemberi modal.

Pelaburan-Syarikat-Insurans-dan-takaful

Selain itu juga, saluran pelaburan di antara takaful dan insurans juga merupakan salah satu perbezaan yang boleh kita perlihatkan. Pelaburan kumpulan wand takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan syarak. Pelaburan ini hanya akan dilaksanakan ke atas syarikat – syarikat yang telah dikategorikan sebagai patuh syariah.

Suruhanjaya-Security

Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh syariah yang telah dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Manakala pelaburan dalam syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tak kira sama ada halal ataupun haram. Ini termasuklah juga dengan pelaburan di dalam syarikat perjudian dan arak. Ini merupakan perbezaan yang sangat penting di antara syarikat takaful dan syarikat insurans.

Pelaksanaan Operasi Takaful Vs Insurans

Seterusnya ialah pelaksanaan operasi bagi kedua syarikat ini juga berbeza iaitu syarikat takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak takaful termasuklah pelaburan. Syarikat takaful juga mempunyai unit syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Pengendali takaful juga wajib membayar zakat perniagaan dan cukai.

Kebajikan

Segala hasil yang tidak halal yang diperolehi oleh pengendali takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Manakala bagi syarikat insurans pula, ia tidak mempunyai bahagian penasihat syariah dan syarikat ini juga tidak akan mengasingkan duit yang tidak halal kerana operasinya juga mengamalkan unsur yang dilarang. Syarikat insurans juga tidak membayar zakat dan hanya membayar Cuma sahaja.

cytonn-photography-604680-unsplash

Jadi di sini dapat kita semua perhatikan penggunaan insurans takaful atau konvensional dalam industri adalah berbeza. Ini kerana takaful sangat digalakkan untuk semua umat Islam manakala insurans pula dilarang sama sekali untuk umat Islam. Industri takaful ini juga sedang pesat membangun kerana mendatangkan banyak manfaat buat masyarakat.

Terdapat beberapa polisi popular yang sering mendapat permintaan ramai antaranya takaful kenderaan , takaful perubatan dan takaful perniagaan. Sistem takaful tidak hanya memberi manfaat kepada Muslim sahaja, tetapi ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

———————————————–

Berminat Mendapatkan Khidmat Nasihat Percuma Berkenaan insurans takaful atau konvensional.

Hubungi Kami

+60139782855 | Whatsapp

Open chat
Perlukan Bantuan?
Hai, Bagaimana saya boleh bantu?