Pernahkah anda menyemak harga insurans kenderaan anda? Setiap tahun pemilik kenderaan akan memperbaharui insurans/takaful kenderaan selari dengan undang-undang negara Malaysia yang mana untuk memperbaharui cukai jalan memerlukan polisi insurans untuk kenderaan. Tetapi, pernahkah anda semak harga insurans kenderaan anda dan mengambil tahu berapa jumlah premium yang anda bayar atau mengira jumlah yang anda bayar untuk perlindungan kenderaan?
Jika anda tidak pernah ambil tahu, kemungkinan besar anda telah membayar premium yang tinggi untuk perlindungan yang tidak berpatutan. Cukai jalan adalah benda yang berbeza daripada Insuran/Takaful kenderaan. Untuk senarai harga roadtax boleh rujuk disini.
3 Tips Anda Dapat Menjimatkan Harga Insurans Kenderaan Anda
Ada 3 tips yang akan kami kongsikan, anda boleh gunakan untuk memastikan premium yang anda bayar adalah setimpal dan berpatutan dengan perlindungan yang anda perlukan. Di dalam artikel ini kami akan berkongsi 3 tips Menjimatkan Harga Insurans Kenderaan Anda yang boleh anda praktikkan dan jadikan panduan supaya anda TIDAK MEMBAZIR untuk pembaharuan insurans kenderaan selepas ini.
TIPS PERTAMA – Semak Nilai Kenderaan Anda Yang Diinsuranskan.
Pastikan nilainya mengikut Nilai Pasaran Semasa (Current Market Value). Mungkin ada yang bertanya bagaimana nak semak nilai pasaran semasa.
Sebelum google menjadi pusat rujukan untuk apa sahaja informasi, pihak syarikat insurans menggunakan khidmat Motor Insurance Adjuster untuk mendapatkan Nilai Pasaran Semasa. Seringkali juga syarikat insurans membuat kajian sendiri dengan mendapatkan Nilai Pasaran Semasa secara terus daripada penjual kenderaan terpakai (bagi kenderaan 2nd hand). Selain itu membuat rujukan terus kepada syarikat francais yang menjadi dealer kepada sesuatu jenama kenderaan.
Kini, segalanya menjadi lebih mudah untuk mendapatkan informasi dengan membuat carian di google. Para pengguna boleh menyemak Nilai Pasaran Semasa kenderaan di laman web berikut:-
Semak Nilai Pasaran Semasa Kenderaan anda disini
Setelah anda menyemak Nilai Pasaran Semasa kenderaan, gunakan nilai tersebut untuk ejen atau syarikat insurans/takaful anda membuat sebut harga insurans kenderaan anda. Seringkali, nilai diinsuranskan tidak pernah disemak dari mula kenderaan tersebut diinsuranskan.
Bolehkah kenderaan anda diinsuranskan pada nilai dibawah Nilai Pasaran Semasa? Secara prinsipnya, nilai insurans perlulah sama dengan Nilai Pasaran Semasa (Market Value). Ini disebabkan apabila berlaku tuntutan, pihak syarikat insurans akan membuat taksiran berdasarkan Nilai Pasaran semasa tuntutan dibuat.
Jika nilai insurans rendah dari Nilai Pasaran Semasa, maka syarikat insurans akan mengenakan denda atau penalti semasa proses penaksiran nilai tuntutan. Dalam bahasa insurans di sebut sebagai “Average”.
Maka berbalik kepada soalan di atas, secara teknikalnya kenderaan itu masih boleh diinsuranskan dibawah paras Nilai Pasaran Semasa. Namun, boleh dikatakan 5% dibawah Nilai Pasaran Semasa masih lagi dianggap sebagai selamat (Agreed Value).
Maka, pastikan anda SEMAK NILAI PASARAN SEMASA kenderaan.
TIPS KEDUA -Semak Nilai Atau Peratusan “Loading” Di Dalam Polisi Insurans / Takaful Kenderaan Anda.
Apakah “LOADING” ? – Loading adalah bahasa jargon dalam industri insurans yang boleh di istilahkan sebagai “caj tambahan” yang dikenakan ke atas premium asas sesuatu risiko. Setiap syarikat insurans / takaful meletakkan peratusan “loading” yang berbeza antara satu sama lain walaupun merujuk kepada sesuatu risiko yang sama. Contoh yang mudah difahami adalah seperti berikut:
Senario: Abu memiliki kenderaan jenama SAGU yang didaftarkan pada tahun 2000. Pada tahun 2016, kenderaan itu berusia 16 tahun. NCD pula sudah mencecah maksima 55%. Namun “loading” yang dikenakan adalah 30% dari nilai premium asas. Pengiraan premium untuk kenderaan Abu adalah seperti berikut:-
Premium asas | MYR559.80 |
Tambah Loading (30%) | MYR167.94 |
Sub-total | MYR727.74 |
Tolak NCD 55% | -MYR400.26 |
Jumlah premium kasar sebelum cukai | MYR327.48 |
Sesetengah syarikat insurans / takaful mengenakan diantara 15% – 35% loading bergantung kepada guidelines yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. Faktor yang menentukan tahap “loading” adalah secara amnya berdasarkan “claims ratio” ataupun statistik tuntutan yang telah dibayar oleh pihak syarikat insurans / takaful.
Oleh itu, anda berhak untuk memilih syarikat insurans / takaful lain yang menawarkan “loading” lebih rendah atau TIADA “LOADING”. Jika anda sudah merasa selesa berurusan dengan ejen anda tetapi syarikat insurans / takaful yang diwakilinya mengenakan “loading”, anda boleh mencuba “nasib” anda dan mohon supaya ejen anda berunding dengan syarikat insurans / takaful untuk membatalkan “loading” anda.
Namun ini adalah agak sukar memandangkan anda cuma mendapatkan insurans kenderaan SAHAJA dengan syarikat insurans / takaful dan ‘LEVERAGE’ anda tidak kukuh untuk berunding. Bagaimanapun sekurang-kurangnya, anda masih boleh mencuba untuk mengurangkan peratusan “loading”. Ini lebih realistik untuk dipersetujui oleh syarikat insurans / takaful anda.
TIPS KETIGA – Dapatkan Insurans / Takaful Kenderaan Anda Secara TERUS Dengan Syarikat Insurans / takaful.
JANGAN melalui ejen anda!!
Tahukah anda bahawa ejen anda menerima 10% komisyen daripada jumlah premium yang anda bayar. Kini pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa mana-mana polisi yang di ambil secara terus dengan syarikat insurans / takaful boleh mendapatkan diskaun sehingga 15% (bergantung kepada jenis polisi). Jika polisi insurans kenderaan, anda akan dapat 10% diskaun.
Walaubagaimanapun, insurans / takaful adalah suatu industri yang “agak teknikal” bagi sesetengah orang. Maka untuk memastikan anda sentiasa mendapat perlindungan dan nasihat yang baik mengenai insurans / takaful, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat ejen yang dipercayai dan berpengalaman agar dapat memberikan khidmat nasihat jika diperlukan terutama ketika berdepan dengan situasi membuat tuntutan insurans / takaful.
Dengan 3 tips menjimatkan harga insurans kenderaan ini, anda mampu mendapatkan premium insurans yang berpatutan untuk kenderaan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan boleh hantarkan email anda kepada hello@renewroadtaxinsurans.com atau WhatsApp atau call ke 013-9783855.
Solus Niaga Enterprise (insuransmalaya.com.my) adalah entiti yang menyediakan khidmat rundingan insurans am dan Ejen Berdaftar dibawah Allianz. PERUNDINGAN DAN SEBUT HARGA PERCUMA untuk semua insurans/takaful am.
One reply on “3 Tips Anda Dapat Menjimatkan Harga Insurans Kenderaan Anda”
TERIMA KASIH. TERBAIK TUAN