Cara Bayar Roadtax dan Renew Insurans Kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn

Bagaimana mahu memperbaharui roadtax dan insurans kereta ? Disini kami akan kongsikan kepada anda langkah-langkah dan cara bayar roadtax dan renew insurans kereta.

Cara-Bayar-Roadtax-dan-Renew-Insurans-KeretaPerkara ini sering disoal bagi kaum hawa atau bagi individu terutama yang pertama kali memiliki sebuah kenderaan dan pemilik kenderaan wanita. Mulalah tidak senang duduk dan resah mengenangkan roadtax yang telah tamat tempoh.

Bagi anda yang tidak punya masa, anda boleh serahkan mana-mana agen untuk buat semua perkara ini sekiranya anda tidak mempunyai masa terluang.

Langkah-Langkah Bayar Roadtax dan Renew Insurans Kereta

Perkara yang diperlukan untuk memperbaharui roadtax dan insuran kereta.

  1. Tahun kereta dikeluarkan & Cover Note

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa roadtax kereta boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh roadtax tamat tempoh. Disini yang perlu anda pastikan terlebih dahulu adalah harga nilai susut kenderaan anda. Dimana nak tengok? Anda perlu rujuk cover note anda. Pastikan anda mempunyai cover note tersebut. Ianya penting kerana terdapat maklumat tentang roadtax dan insurans anda.

  1. Pastikan insurans adalah mengikut harga semasa

Perlara ini boleh rujuk di bank atau company yang buat insurans seperti MYEG. Sebab apa kena tahu semua ini? Kita kan pengguna. Hak kita. Jumlah perlindungan atau dipanggil sum insured adalah hak kita sebagai pengguna untuk tentukan. Jangan nanti bagi bulat-bulat pada ejen. Nanti tak pasal-pasal beribu habis. Kerja ejen ini tolong cadangkan sahaja dan jumlah yang patut kita bayar adalah ditangan kita sebagai pengguna.

Pelaburan-Syarikat-Insurans-dan-takaful

  1. Jangan over sangat

Yang nak renew ni pulak, jangan la over sangat nak ambil insuran ini la, itu la. Nanti habis duit korang terover bayar, kemudian tak dapat claim kalau jadi apa-apa nanti. Pastikan anda pilih betul-betul. Nanti kalau bagi ejen, mereka selalu harga tinggi tapi bila nak tuntut boleh ikut harga semasa sahaja.

  1. Jangan kedekut pulak

 

Ni pulak bagi yang jenis haji bakhil. Pastikan jumlah perlindungan tu ikut harga semasa. Kalau anda letak harga perlindungan takaful rendah dari harga semasa, nanti bila nak tuntut, syarikat takaful atau insurans akan luluskan jumlah yang anda insuranskan. Kiranya jangan letakkan harga rendah dari harga semasa kenderaan. Sebab apa? Sebab nak bayar insurans rendah.

  1. Kena tahu harga pasaran kereta

Yang ni korang kena rujuk dengan syarikat kereta, bank atau company insurans. Paling selamat sekali Tanya bank. Sebab apa? Bank ni diorang sentiasa update harga kereta. Sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Harga-Kereta-TerpakaiBoleh juga nak tahu harga dari kedai kereta. Boleh mintak risalah dari mereka.

Dan sekiranya malas nak hubungi bank atau pergi kedai kereta, anda bolehla membelek iklan di surat khabar atau majalah. Kumpulkan dan cari purata harga kenderaan tersebut.

  1. NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus)

Apa benda ni? Haa yang ni mesti ramai tak tahu. NCD atau NCB ini sebenarnya diskaun atau bonus kalau anda tidak ada berlaku kemalangan semasa tempoh perlindungan. Dimulai dengan 0% dan paling maksimum 55% pada tahun ke-5 kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3. NCD anda akan meningkat selagi tidak berlaku sebarang musibah terhadap kenderaan anda, dan NCD anda akan menjadi kosong jika berlaku risiko pada kenderaan anda bagi perlindungan Komprehensif dan 3rd party

  1. Dokumen-dokumen

Dah settle harga , kira apa semua yang diatas tu, bolehlah kita teruskan untuk langkah seterusnya pula. Semak betul-betul dokumen yang penting dan cover note dan pastikan semuanya lengkap.

Kaunter-JPJ-UTC

  1. Kaunter insurans atau Myeg

Pilih kaunter insurans anda. Selalunya diluar jpj selalu ada. Atau paling senang pergi rujuk di Myeg. Nanti minta pihak berkenaan untuk buat kira-kira dulu harga kasar insuran kereta anda. Pastikan sum insured tu tak terlebih atau terkurang. Kalau terlebih, bagitahu anda tak setuju dan nak lagi murah.

Jenis insuran boleh pilih jenis apa pun. Tapi pastikan tak lebih dari harga susut nilai kereta.

  1. Perbandingan harga dan pilih insuran kereta

Sebut harga renew insurans kereta sudah diberi, bolehlah anda pilih untuk ambil ataupun tidak mahu. Kalau lebih kurang sama dengan apa yang anda pilih, boleh ambil dan terus renew roadtax. Ditegaskan sekali lagi pastikan sum insured tu sama dengan harga susut nilai kereta. Jangan lebih jangan kurang.

  1. Bayar Roadtax

Selepas selesai renew insuran kereta, bolehla Bayar roadtax. Kalau di Myeg Kiosk, boleh terus bayar disitu tetapi ada caj yang diberikan lebih mahal dari JPJ. Kalau taknak mahal, boleh ke kaunter JPJ atau pejabat Pos berdekatan atau boleh isikan borang online dan kami berikan sebutharga yang terbaik untuk anda. Kami kirakan mengikut bajet anda. KLIK SINI UNTUK BORANG SEBUTHARGA ROADTAX.

Disini sahaja perkongsian berkenaan Cara Bayar Roadtax dan Renew Insurans Kereta. Tapi zaman sekarang ni sangat mudah. Semuanya dihujung jari. Bukak computer, klik dan sampai depan rumah. Dunia makin canggih dan anda pilih jalan yang memudahkan diri anda sendiri.

More to explorer

Harga-Roadtax-Kereta

Senarai Harga Roadtax Kereta di Malaysia

Statistik dari Paultan menunjukkan Quarter 1 2017 jumlah jualan kenderaan di Malaysia meningkat naik dengan juamlah keseluruhan sebanyak 140, 839 buah. Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Perlukan Bantuan?
Hai, Bagaimana saya boleh bantu?